Kata Pemeri:
1. 'Ialah':
a. Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek
dengan predikat berpola Frasa Nama + Frasa Nama.
b Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu
subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
Contoh1 : Angin ialah udara
Udara ialah angin
Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah)
Singapura ialah jiran Malaysia. (betul)
2. 'Adalah':
a. Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang
berpola Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi.
b. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya.
Contoh : Perkara ini adalah sangat penting.
Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.
0 ulasan:
Catat Ulasan