KATA SENDI:
1. Kata Sendi 'dari' dan 'daripada':
Dari :Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah,
waktu dan masa sahaja.
Daripada :Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,
perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan
untuk menunjukkan keanggotaan.
2. Kata Sendi ‘di’:
Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat.
Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang
menerangkan waktu, masa dan zaman.
Contoh :
Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan
Sultan Mansor Syah. ( salah )
3. Kata Sendi 'ada':
1.
Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa.
Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi.
2.
Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja
Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan.
3.
TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama
yang bermaksud sasaran.
Contoh : Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah)
Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)
Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah )
Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )
5. Kata Sendi 'Kepada':
1.
Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan
dan unsur mujarad.
Contoh:
Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali.
Adik memberi susu kepada kucing.
Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah.
2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia.
Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah
dengan segera.
3. Digunakan untuk menyatakan pecahan.
Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan.
4.
Digunakan untuk menyatakan keadaan.
Contoh: Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C .
5.
Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’
Contoh : daripada 70% kepada 80 %.
6. Kata Sendi 'Oleh', 'oleh kerana' dan 'oleh sebab':
a. ‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena)
Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali.
Budak itu kena pukul oleh ibunya.
2.
b. Yang membawa maksud sebab.
Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan.
3.
c. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-sama.
Contoh:
Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah. (salah)
Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah. (betul)
7. Kata Sendi 'dalam' dan 'di dalam':
1.
a. ‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan
yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Contoh :
Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul)
2.
b. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif.
Contoh: Air perigi itu sungguh dalam.
3.
c. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal)
Contoh: Duit saya hilang semasa di dalam teksi.
8. Kata Sendi 'Antara' dan 'di antara':
a. ‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang
atau jarak.
Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani. (salah)
Banyak persamaan antara Siti dengan Ani. (betul)
2. b. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang fizikal.
Contoh :
Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah)
Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)
Contoh :
Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara. (salah)
Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara. (betul)
0 ulasan:
Catat Ulasan